Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Thursday, October 29, 2009

ADAB TERHADAP KEPADA IBUBAPA


Ibubapa adalah insan yang wajib ditaati selepas Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w. Tiada seorang pun yang dapat menyamai kedudukan terhormat ini, apa lagi menandinginya. seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."
(Riwayat Tirmidzi)
melihat pada maksud hadis ini kita dapat melihat betapa tingginya darjat seorang insan yang bergelar ibu dan ayah. Jasa ibubapa tersangat besar dan tidak akan dapat dibalas. Sebagai seorang anak wajiblah kita berbuat baik atau berbakti kepada kedua ibubapa masing-masing. berbakti kepada ibubapa adalah diberi keutamaan daripada berbuat baik kepada manusia lain selain Nabi Muhammad s.a.w. Ia seiring dengan firman Allah yang bermaksud:
"Kami perintahkan kepada kamu jangan menyembah selain Dia dan supaya kamu berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya ada dekat denganmu (dalam pemeliharaanmu) hingga berumur lanjut, sekali-kali janganlah kamu berkata kepada keduanya "ah" jangan pula kamu bentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan katakanlah " Wahai Tuhanku, kasihanilah keduanya, sebagaimana keduanya mengasihani aku ketika aku masih kecil."
(Al-Isra' : 23-24)

Diantara adab pergaulan bersama ibubapa ialah jangan bersikap kurang sopan dan patuhilah perintah dan kehendak mereka selagi ia tidak bertentangan dengan hukum Allah. Kita juga perlulah merendah diri dan mencintai mereka dengan sedalam-dalamnya. Kita juga sepatutnya tidak menyusahkan mereka dari segi kewangan dan juga perasaan. Sebagai contoh, janganlah kita meminta-minta sesuatu yang diluar kemampuan mereka. Dari segi perasaan pula, janganlah sakiti mereka dengan melakukan perkara-perkara yang boleh mengecewakan mereka seperti menghisap dadah, merokok, mencuri, dan cuai dalam menuntut ilmu. Tiada ibubapa yang sanggup melihat anaknya berada dalam kehancuran dan gagal dalam hidup. Selain itu, sentiasa mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. pandanglah ke wajah mereka dengan kasih sayang kerana pahala yang diperolehi adalah menyamai pahala bersedekah.
Berbuat baiklah kepada ibubapa kerana kewajipan berbuat baik terhadap ibubapa adalah sangat ditekankan dalam islam dan menduduki tempat kedua sesudah kewajipan untuk mentaati Allah dan RasulNya.

No comments: