Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Thursday, October 29, 2009

ADAB TERHADAP KEPADA IBUBAPA


Ibubapa adalah insan yang wajib ditaati selepas Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w. Tiada seorang pun yang dapat menyamai kedudukan terhormat ini, apa lagi menandinginya. seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."
(Riwayat Tirmidzi)
melihat pada maksud hadis ini kita dapat melihat betapa tingginya darjat seorang insan yang bergelar ibu dan ayah. Jasa ibubapa tersangat besar dan tidak akan dapat dibalas. Sebagai seorang anak wajiblah kita berbuat baik atau berbakti kepada kedua ibubapa masing-masing. berbakti kepada ibubapa adalah diberi keutamaan daripada berbuat baik kepada manusia lain selain Nabi Muhammad s.a.w. Ia seiring dengan firman Allah yang bermaksud:
"Kami perintahkan kepada kamu jangan menyembah selain Dia dan supaya kamu berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya ada dekat denganmu (dalam pemeliharaanmu) hingga berumur lanjut, sekali-kali janganlah kamu berkata kepada keduanya "ah" jangan pula kamu bentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan katakanlah " Wahai Tuhanku, kasihanilah keduanya, sebagaimana keduanya mengasihani aku ketika aku masih kecil."
(Al-Isra' : 23-24)

Diantara adab pergaulan bersama ibubapa ialah jangan bersikap kurang sopan dan patuhilah perintah dan kehendak mereka selagi ia tidak bertentangan dengan hukum Allah. Kita juga perlulah merendah diri dan mencintai mereka dengan sedalam-dalamnya. Kita juga sepatutnya tidak menyusahkan mereka dari segi kewangan dan juga perasaan. Sebagai contoh, janganlah kita meminta-minta sesuatu yang diluar kemampuan mereka. Dari segi perasaan pula, janganlah sakiti mereka dengan melakukan perkara-perkara yang boleh mengecewakan mereka seperti menghisap dadah, merokok, mencuri, dan cuai dalam menuntut ilmu. Tiada ibubapa yang sanggup melihat anaknya berada dalam kehancuran dan gagal dalam hidup. Selain itu, sentiasa mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. pandanglah ke wajah mereka dengan kasih sayang kerana pahala yang diperolehi adalah menyamai pahala bersedekah.
Berbuat baiklah kepada ibubapa kerana kewajipan berbuat baik terhadap ibubapa adalah sangat ditekankan dalam islam dan menduduki tempat kedua sesudah kewajipan untuk mentaati Allah dan RasulNya.

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi Oktober


Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu

Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi

Menjadi satu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli
Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
tidak sengaja aku mengasari dirimu
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka

Agar berkekalan hendaknya
Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
tidak sengaja aku mengasari dirimu
Bagiku kau bukanlah lawanku

Kekasihku...

(khas buat rakanku...punggodi...)

Kau Pergi Aku Makin Bahagia



kau hadir bawa 1001 rasa
akhirnya aku kecewa
kini aku bangun lagi
meneruskan kehidupan
tanpa dirimu......
aku rasa lebih bersedia
aku rasa lebih bertenaga
aku rasa lebih bahagia
benarlah....
kehadiranmu hanya perosak jiwa
baguslah dirimu tiada lagi
di sini......

Sunday, October 25, 2009

betolkah apa yg aku dgr...............


pembentangan lalu bersambung lagi hari itu...kumpulan saya meneruskan pembentangan kami...kami mencari bahan pada pukul 2 pagi..macam biasa kami sukakan 'fresh'...hehe.. kerja last minutes le tu...jgn la tiru sikap kami...ecah rakan seperjuangan saya memulakan pembentangan dengan memperkenalkan ahli kumpulan....seorang demi seorang membentangkan tajuk masing-masing....saya menerangkan tentang penyu di pulau redang menarik perhatian rakan-rakan...mereka memberi reaksi yang memberangsangkan kepada kumpulan kami...walau timbul sedikit perasaan malu tetapi saya gembira...tidak sia-sia saya dan rakan - rakan seperjuangan berhujah dan menerangkan kepada rakan-rakan...nampaknya mereka dapat apa yang kami sampaikan...seusai kami membuat pembentangan....kami dikomen oleh pensyarah kami...dah macam malaysian idol pula.... "bagus....inilah kumpulan pertama yang saya lihat benar-benar bersedia"... itulah komen pensyarah kami..terkejut saya mendengarnya... bersedialah sangat..mencari bahan saja sudah pukul 2 pagi...esoknya kami terus membuat pembentangan secara spontan...seperti tidak sesuai pula pujian itu untuk kami...kami mana pernah bersedia bersungguh-sungguh....kerja last minute..lepas tu bertawakal saja lah....jangan tiru cara kami...boleh membawa padah........

Sunday, October 11, 2009

nak duit punya hal.......


tidur...memang satu aktiviti yang menarik...dah tidur..nak bangun pun rasa malas je....sambil tidur tu sempat juga la cek handset ada org 'koling2' ke..sms ke..cek punya cek ..tgk-tgk ada la nombor yang tak didikenali missed call....siapa pulak nih???demi kredit tercinta....saya pun hanya missed call mengharap orang tersebut menelefon saya kembali....mmg betul la tekaan saya..dia menelefon saya tapi....saya pulak dah bangun tidur merayap ke bilik kawan...tak berangkat lagi la nampaknya....saya pun mengambil keputusan untuk menelefonnya terus....terpaksalah saya mengorbankan kredit tercinta.... "hello assalamualaikum..siapa ni" sapa saya...rupanya orang dari tempat saya belajar.... "esok awak pergi ke HEP..untuk selesaikan jpa awak..org lain semua dah siap...esok tarikh last tau!!".. macam tu lah lebih kurang leteran yang terpaksa saya dengar...esoknya...terpaksalah pergi ke HEP...bergetar lutut nak masuk tu...masuk je..aku di sapa oleh org yang ada di dalam.... "haa...kamu nak apa??.... takutnya..hanya Tuhan yang tahu perasaan aku... "nak borang untuk biasiswa jpa tuh.." jawab saya....selepas diungkap kata-kata itu terpaksa lah saya mendengar lagi leterannya...sambungan leteran semalam... "owh ni dia budaknya...jenuh aku telefon..tak nak angkat-angkat...lepas tu boleh main 'miskol' lak dengan aku....ingat dah tak mau duit...sampai terpaksa aku telefon bapak kamu..." itulah antara leteran-leterannya yang terpaksa saya telan walau pahit....malu juga rasanya...tapi buat muka selamba saja lah....setelah lama ditilik dan diteliti borang-borang tersebut..masih tak faham untuk mengisi borang-borang tersebut...terpaksalah saya kembali ke HEP dengan muka tebal ber'inchi2'....dah tahu caranya..saya terpaksa bergegas ke bank cimb dan pejabat pos untuk menyelesaikan segala urusan....sampai kini terngiang-ngiang suara leteran-leteran mereka... "lain kali angkat telefon...ni tak dak respon..kan dah susah sekarang..." adoyai...mmg itu sifat aku...malas nak melayan handfon ni...telefon cuma untuk keluarga dan kawan-kawan..untuk orang yang tak dikenali tiada peluang untuk dilayan..please try later je la....huee....tetapi setelah kejadian ini angkatlah telefon..kerana ia mungkin suatu 'egermentcy' atau information penting....

kerinduan yang terlampau

terlalu lama rasanya tidak mencoretkan apa-apa di blog ni....mane tak nya...laptop ada dlm kedai lagi..kene format...kesian...sakit kuat..terpaksalah mencoret lagi menggunakan laptop kawan...luv u..ecah..membenarkan saya menggunakan laptop anda...rindunya pada blog ni...idea yang mencurah-curah bagai merajuk pergi kerana x diilhamkan ke dalam blog ni.....kini terpaksalah memerah otak...sebelum otak ni jem terus....maaf ye..tu sebab tak update-update blog ni....

Saturday, October 3, 2009

ikan sardin tu sardin tin ke?




selepas tamat peperiksaan SPM...bermacam ragamlah yang kelihatan..ada yang gembira..ada yang sedih..ada yang macam 'frust' sebab soalan susah...tengok gelagat orang memanglah seronok....tapi....selepas ini bertebaranlah mencari haluan masing-masing..terpisah antara saya dan rakan-rakan...sudah lama berpisah...seorang sahabat saya mengambil keputusan untuk menginap di rumah saya buat beberapa hari...cukup beberapa hari saya terpaksa pula bersekolah..kerana saat itu saya membuat keputusan untuk meneruskan pelajaran di tingkatan enam...sahabat saya terpaksalah menemani ibu saya sementara saya ke sekolah...alang-alang dia mempunyai lesen...saya meminta dia untuk menghantar dan mengambil saya di sekolah...kesian dia..tapi saya tahu dia lakukan dengan ikhlas...apabila saya bersekolah..ibu saya terpaksa meminta pertolongannya..kerana cuma dia yang ada di rumah... "tolong beli ikan sardin 6..7 ekor...." itulah antara pertolongan yang diminta... "okay,owrite..." balasnya dengan selamber...dah sampai kat kedai...mula la perasaan 'konpius' mehantui diri.. "ikan sardin??..tin sardin ke??...nak beli sampai 6...7 tin ke??" banyak lagi la monolog dalam dirinya....untuk menenangkan hatinya sendiri.... "hmm agaknya dalam tin ni ada 6...7 ekor ikan sardin kot..." lalu dibelinyalah setin sardin....sampai di rumah... "Ya Allah...bukan yang ni la...." terpaksalah dia kembali ke kedai membeli ikan sardin....ikan sardin yee...bukan sardin tin....tahu tak anda bezakan antara sardin dan sardin tin????

Kat Sini Ada 1 kisah....


MADRASAH IDRISIAH...inilah nama tempat yang pernah aku menuntut ilmu dahulu...di sana lah aku mengorek ilmu-ilmu untuk menjadi bekalan di masa hadapan...guru-guru tak jemu mendidik dan mengajar agar anak didiknya menjadi insan yang berguna...tak lupa juga buat insan yang bernama warden aspuri...saayangggg ukhti sakinah.....

di sini lah kisah bermula...empat sahabat yang sentiasa bersama...tak kira walau di mana....

nak ke tandas pun bersama-sama....suka,duka,kecewa,bahagia tetap dikongsi jua..bagai isi dengan kuku....bagai aur dengan tebing...nak dijadikan ceritera...kelas sudah lama bermula....tapi saat ini cikgu masih tak muncul-muncul...kesempatan beginilah yang diambil oleh 4 sekawan untuk bersiar-siar di perkarangan madrasah idrisiah tercinta...ke sana ke mari..macam orang busy jer...apa yang 'dibusykan' pun tak tahu la...kalau dah berempat gelak ketawa tak pernah berhenti..ada sahaja kisah menarik yang nak dikongsi bersama....dah agak lama bersiar-siar di sekitar idrisiah..tiba la masa nak masuk kelas balik...sambil menuruni anak-anak tangga pun masih sempat bergelak ketawa...tiba-tiba................................................terdengar suara garau yang sangat dikenali tuan empunya suara..bergetarlah lutut keempat-empat sahabat ni... "alamak!! ustaz weh...ustaz!!!" begitulah teriakan dalam suasana kelam....akibat gelabah yang bukan main gelabahnya...salah seorang darinya..konon nak menyelamatkan diri..teruslah melarikan diri ke dalam tandas yang dianggap tempat paling selamat waktu itu...masuk je ke tandas.....................

"aiks knp lain macam je ni...tandas yang selalu masuk tak macam ni...." itulah antara monolog didalam hati seorang daripada sahabat td yang kononnya ingin menyelamatkan diri....bau menusuk ke hidung..tidak terkata lagi..."busuk giler..tak menjaga kebersihan lgsg".....dah lama diperhati....diteliti...diamati.... "Ya Allah tandas lelaki rupanya..." setinggi-tinggi syukur dipanjat kehadrat Ilahi kerana tiada siapa di dalam tandas tersebut...kalau tidak....hanya Tuhan yang tahu....3 sahabat lagi hanya mampu tergelak dan mentertawakannya....itulah kelam kabut sangat...pesanan untuk pembaca tenangkanlah diri...KELAM KABUT MEMBAWA PADAH.....

Thursday, October 1, 2009

Bila Hari Tak Cukup......Kerja Menimbun


bila rasa hari mula tak cukup...inilah saat yang paling mendebarkan tapi lucu bangat....saat indah ini la tak pernah dilupakan...saat ni jalan ke hulu..ke hilir...kononnya mencari idea...tapi satu apa pun tak mula...jenuh berfikir..harus mula dari mana...dari yang inikah?atau ini?atau itu?atau yg lg satu?..isyhh..gelap pandangan ku...tak nampak arah yang nak dituju....saat ni pergilah bilik kawan cari ilham... "weh, jom buat cepat..dah suntuk ni..."ayat berlakon je tuh..sempat pulak tengok cerita hantu bersama teman...apartmen 303.....hebat...tersorok2 lah di belakang kawan..ngeri...seram jugak....dah habis cerita..barulah terbangun dari lena..."eh assignment kita belum siap la".....tinggal lagi berapa jam nak di hantar pada pensyarah....malam tu baru la menangis air mata darah...tapi semua tuh tak berguna...mata terus dibuka....dibuka...dan dibuka mengadap laptop..copy...paste..edit....itulah kerja yang di ulang-ulang hingga sudah....tiba-tiba..... ringringring.....handset siapa pula tu yang berbunyi... "weh fon ko tu...ehem2 la tuh"..cepat je dia mengangkat..dah mula la...seorang dicerok sana...seorang dicerok sini....masing-masing dengan handset masing-masing..aku terus dengan copy..paste..edit...kadang-kadang bila dah bosan...habis lah kene ganggu siapa yang ada di cerok-cerok tu...nasib la...hehe..rasa segar sikit..duduk diam-diam...copy..paste..edit..bila teman-teman dah habis program gayut bergayut...join balik group copy..paste..edit..itulah aktiviti sampai 4 pagi...assignment kami mesti FRESH punya..panas lagi baru lepas print...gembira la rasa hati..syukur pada Tuhan..siap juga assignment akhirnya...walau masuk kelas macam ayam berak kapur..hehehe..itulah ragam bila assignment diisu....