Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Friday, December 27, 2013

DIA

dah lama takde entry yang berlabelkan kanda kan. haha. sbb jauh kot. nak cte apa xtau. yang tau rinduuu rinduu rinduuuuu ! haha.

serius tak sangka dah bertahun duduk bjauhan dengan dia, dengan family. dengan nai jauh sangatlah kan. perlis - johor. ini lah yang menguji kesetiaankan. semoga kekal selamanya. rasa dah serasi dengan dia. dia lah sahabat, dia lah teman, dia lah kawan gaduh, dia lah org yang paling best nak kutuk depan-depan. haha. semua dia lah. package dah.

kepada awak, naimullah. terima kasih la atas segalanya. terima kasih la kerana masih melayan saya walau kadang meroyan tu datangkan. haha. sory lah. perempuankan. emosi extraa. haha.

okay lah nak habaq rindu hang jaa. berbulan kot tak mengutuk depan depan. mau tak rindu. berbulan jugak la tak buli hang. rindu woii, rinduu. haha

cuti nanti nak rasa sikit masakan megi terhebat ada udang awak tu okayy!
bukan sbb apa, sbb nak kutuk balik. dia kata sambal sotong aku pucat. grrr! haha





Pantun Rasa

entah mengapa hati terasa,
bagai dihiris sembilu duri,
hendak berkata tak punya kuasa,
jalan terbaik berdiam diri.

berpuitis itu meluah rasa,
supaya tidak bersarang di hati,
kertas dan pena pendengar setia,
terima kasih kerana sudi.


entah apa apa. haha


Panas-Panas Tahi Ayam


pada minggu peperiksaan akhir yang mulia ni. dengan 1 projek yang masih belum hantar. saya dengan berbesar hati mahu mengubah kembali design blog yang telah lama berhabuk ni.

akan tetapi. dengan rintangan dan halangan niat tadi sampai di sini sahaja. semakin buruk blog ni ade... hahaha

okay, berilah saya waktu. 

im sory blog kuu 

next time wokeyhhh. hihi

Thursday, December 26, 2013

menyesal atau....hmm

remaja. biasa pabila perasaan ingin tahu itu tinggi. aku begitu. serupa. sudah ku ingat pada kau hati. sudah ku pesan. ak tahu kau tidak sekuat itu. kini ak mula takut warna merah jambu hatiku itu tercemar. 

hati. kuatlah. ak tahu kau selalu begitu.

Monday, October 7, 2013

ILUSI

ilusi itu jalan cerita bahagia
kerana ia di reka
di reka mengikut rasa

watak utama pasti menang
kerana ia di cipta
bukan suratan, bukan kebetulan
tapi ia sebuah kemestian

kerana itu aku suka ilusi, fantasi
biar aku tinggalkan sebentar akan realiti
ak berfantasi kerana mahu terus kuat di realiti.

Sunday, October 6, 2013

remuk dendam



kadangkala aku rasa kau saja
kau saja menyakitkan aku
kadangkala ak rasa ak saja
aku saja menyakitkan aku

kini aku buntu
natijahnya aku sakit

merah jambu itu hati




aku adalah manusia
manusia itu punya hati
hati itu punya perasaan
perasaan itu adalah subjektif

kadang kadang perasaan itu seperti menelan hempedu
kadang kadang perasaan itu seperti menelan madu

adakala ak membiar perasaan itu sehingga lupa apa yg dirasa
kerana aku tak mahu ia terluka

kadangkala garis luka di hati bisa muncul tanpa di pinta
seperti garis tua diwajah yg hadir seiring dengan usia

biar aku dengan imaginasi ku
biar aku dlm fikiran ku
supaya dapat ku tepis segala garis luka yang bertandang

aku tidak mahu hati ku di cemari oleh garis garis luka
biarlah dia tampil menawan dengan warna merah jambunya



Friday, June 7, 2013

ohh tidakkkkkkkkkk !


statement yg menyedihkan :

"aku bukan risau apa, nnt tserempak dgn anjing, dia ingat hg tulang! "

"hg bela saka kah? makan byk tp kerempenggg"



kenapaaaaa ?

mana lagi berat ku yang lain?

kenapa tinggal 42.7kg?

ohhhhh tidakkkk!!!!!!!!

duit, comee to me! 

nak beli makanan lagi..





Friday, May 31, 2013

TERTEKAN * DITEKAN * TEKANAN

Rasanya sudah lama tidak membuat sesi luahan perasaan di sinikan?
apabila final semakin hampir.
kerja semakin menggunung, tiada surutnya.
TIADA.

tiada kata dapat di ungkap untuk meluahkan rasa
yang ada cuma keluhan demi keluhan
hmmmph.
itu saja lah cara menghilang gusar di hati semasa minda tekun meraih idea.

amukan demi amukan
aku mengamuk lagi
kerana waktu tidur ku terganggu.

final segera kau menjelma
ibuku sudah menanti di muka pintu.

emak, adik akan berusaha. doakan saya.

i love u emak


p/s : kpd yg berkenaan, silalah kurangkan amukan saya. jgn naikkan darah         saya. okay! 

Thursday, March 28, 2013

hati ini


ibu yang ku sayang
ingin skali mendakapmu erat
cium pipi tua mu

ayah yg ku rindu
ingin sekali ku gurau senda dgn mu
salam tgn tua mu memohon restu

naimullah yg ku cinta
ingin skali ku tatap wajah mu
melihat senyumanmu

segala nya kebahagiaan ku

love

hidup mati

org hidup gurau gurau.
itu biasa.

org mati gurau gurau
itu luar biasa

org hidup gurau gurau
minta someone yg lain mati

itu kurang ajar.


hidup mati
ketentuan Ilahi