Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Sunday, November 1, 2009

Minggu Ini Dalam Sejarah

argh..ahad datang lagi...perlukah aku bergembira dengan kedatangan ahad?minggu ini adalah minggu paling malang dalam hidup saya. saya hanya mampu bersabar dengan cubaan dan cabaran yang diberi oleh Pencipta saya. saya redha dan pasrah. pada mulanya saya dimarahi oleh pensyarah saya atas sebab - sebab tertentu. ia amat memberi kesan pada 'mood' saya pada minggu ini. setelah saya pasrah dengan kejadian itu, kejadian lain pula yang menimpa saya. bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga..saya bertungkus-lumus pada malam itu untuk menyiapkan lk saya...saya tersenyum melihat hasil kerja saya.. "hmm agak memuaskan.." bisik hati saya..tiba-tiba entah dari mana terbangnya ulat itu terus 'landing' di bawah pembaris T saya di atas kertas lk... "pap!! penyeklah ulat tu di atas kertas lk yang telah saya siapkan...adoyai..hancur hatiku..luluh..." perasaan waktu itu tidak dapat saya gambarkan...saya terpaksa buat semula kerana kertas tadi sudah comot dicemari oleh ulat yang nyawanya dicabut kerana tertindih di bawah pembaris T saya. "mengapa la kau nak landing kat situ juga wahai ulat".. malam itu setelah pukul 4 pagi barulah saya dapat melelapkan mata...setelah siap saya berasa begitu bersyukur...saya berharap sangat cukuplah setakat ini saya diuji...Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup hambaMu ini...esok aku ingin pulang ke kampung...terasa rindu pada ibu ayah dan adik beradik yang lain....saya hantar kad untuk memohon kebenaran pulang ke pejabat fellow... "dorang suruh kumpul dulu..nnt baru ambil" itulah kata-kata dari seorang teman saya..saya hanya menurut sahaja. setelah hantar kad saya terus naik ke bilik. selepas beberapa jam berlalu. seorang teman saya kembali membawa kad-kad kami..tetapi..... "mana kad aku??...arghh kad aku hilang....macamane nak balik" aku berniat untuk blik saja begitu..tapi kene tahan dengan pak guard pulak....hmm sabar je la...begitu mencabarnya hidup aku minggu ini...dugaan aku tidak berakhir di sini...sehingga hari ingin aku kembali ke kamsis.. kali ini aku mengambil keputusan untuk menaiki bus sri maju...sebelum naik bas saya pekene nasi goreng kampung dan tea ais..memang mencari nahas la..sampai 3/4 perjalanan sudah tak tertahan-tahan lagi...mana tandas??bolehkah berhenti bas ni???berjoget-joget jugak lah saya dalam setengah jam...mak!!!tolong adek..meronta-ronta perasaan saya saat itu..saya kumpulkan juga keberanian untuk terus berjumpa dengan pemandu bas tersebut. saya bernasib baik kerana pemandu basnya baik hati dan telah singgah ke petronas. maaf ye penumpang lain terpaksa menunggu saya sebentar. bersyukur saya selamat akhirnya..alhamdulillah...dugaan-dugaan ini benar-benar memberi saya pengalaman baru dan kenangan-kenangan yang sukar dilupakan..terima kasih Allah..walau Kau uji diriku..kau tahu ujian itu mampu ku tanggung.... thanx to Allah...segala puji bgMU....inilah cabaran paling bertimba-timba yang pernah ku alami...

No comments: