Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Monday, October 7, 2013

ILUSI

ilusi itu jalan cerita bahagia
kerana ia di reka
di reka mengikut rasa

watak utama pasti menang
kerana ia di cipta
bukan suratan, bukan kebetulan
tapi ia sebuah kemestian

kerana itu aku suka ilusi, fantasi
biar aku tinggalkan sebentar akan realiti
ak berfantasi kerana mahu terus kuat di realiti.

Sunday, October 6, 2013

remuk dendam



kadangkala aku rasa kau saja
kau saja menyakitkan aku
kadangkala ak rasa ak saja
aku saja menyakitkan aku

kini aku buntu
natijahnya aku sakit

merah jambu itu hati




aku adalah manusia
manusia itu punya hati
hati itu punya perasaan
perasaan itu adalah subjektif

kadang kadang perasaan itu seperti menelan hempedu
kadang kadang perasaan itu seperti menelan madu

adakala ak membiar perasaan itu sehingga lupa apa yg dirasa
kerana aku tak mahu ia terluka

kadangkala garis luka di hati bisa muncul tanpa di pinta
seperti garis tua diwajah yg hadir seiring dengan usia

biar aku dengan imaginasi ku
biar aku dlm fikiran ku
supaya dapat ku tepis segala garis luka yang bertandang

aku tidak mahu hati ku di cemari oleh garis garis luka
biarlah dia tampil menawan dengan warna merah jambunya