selepas tamat peperiksaan SPM...bermacam ragamlah yang kelihatan..ada yang gembira..ada yang sedih..ada yang macam 'frust' sebab soalan susah...tengok gelagat orang memanglah seronok....tapi....selepas ini bertebaranlah mencari haluan masing-masing..terpisah antara saya dan rakan-rakan...sudah lama berpisah...seorang sahabat saya mengambil keputusan untuk menginap di rumah saya buat beberapa hari...cukup beberapa hari saya terpaksa pula bersekolah..kerana saat itu saya membuat keputusan untuk meneruskan pelajaran di tingkatan enam...sahabat saya terpaksalah menemani ibu saya sementara saya ke sekolah...alang-alang dia mempunyai lesen...saya meminta dia untuk menghantar dan mengambil saya di sekolah...kesian dia..tapi saya tahu dia lakukan dengan ikhlas...apabila saya bersekolah..ibu saya terpaksa meminta pertolongannya..kerana cuma dia yang ada di rumah... "tolong beli ikan sardin 6..7 ekor...." itulah antara pertolongan yang diminta... "okay,owrite..." balasnya dengan selamber...dah sampai kat kedai...mula la perasaan 'konpius' mehantui diri.. "ikan sardin??..tin sardin ke??...nak beli sampai 6...7 tin ke??" banyak lagi la monolog dalam dirinya....untuk menenangkan hatinya sendiri.... "hmm agaknya dalam tin ni ada 6...7 ekor ikan sardin kot..." lalu dibelinyalah setin sardin....sampai di rumah... "Ya Allah...bukan yang ni la...." terpaksalah dia kembali ke kedai membeli ikan sardin....ikan sardin yee...bukan sardin tin....tahu tak anda bezakan antara sardin dan sardin tin????
No comments:
Post a Comment