Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Monday, July 14, 2014

Aku dan Si M

Setiap pagi si M akan memeluk erat tubuh ku sambil berbisik "tak payah lah bangun lagi". Ahaiii romantiknye lah si M ni. hati perempuan mana tak cairkan?. Maka nya aku turutkan katanya tapi haruslah bersyarat!. Aku kata pada nya "dalam kiraan 10 sahaja yaaa M, aku harus bangun. urusanku menanti". Ya aku manusia lemah, aku sedar akan itu. Pujukan M selalu nya menyebabkan aku terleka sehingga setengah jam, satu jam atau beberapa minit sebelum jam di mana aku sepatutnya memulakan tugas. Erghh, pagi-pagi lagi hari ku rosak atas kelewatan memulakan tugas. 

Dalam situasi yang lain pula seperti ibu atau kakak ku memanggil ku untuk meminta sedikit pertolongan semasa aku leka menonton televisyen, si M lah paling pantas memaut lengan ku. Seperti selalu pujukan romantiknya tak dapat aku elakkan. "Alahhhh, cakaplah tunggu iklan. Lagi beberapa minit sahaja lagi iklan ni". Ya benar aku bodoh. Hal seperti itu juga aku turutkan kata si M. Haii lah si M. Sampai ke tahap ini kau goda aku agar aku sentiasa berdamping dengan mu?

Di universiti juga si M tidak pernah lekang dengan aku. Ya macam belangkas!. Setiap kali aku mendapat tugasan daripada pensyarahku. Dia lah tidak putus-putus menasihati aku. Katanya "Alahhh, kan hantar lambat lagi. Relaks lah. Jum tengok movie ke, tonton ke. Release tensionnn". Haa, begitu panjang lebar dia menasihati aku agar tetap setia menemaninya. Aku bagai kerbau di cucuk hidung hanya mengikuti sahaja telunjuk si M. Daripada satu episod ke episod yang lain. Daripada satu cerita ke cerita yang lain. Aku terus hanyut dan leka dalam satu kehidupan fantasi yang di bina oleh M. 

Manusia. Biasalah selagi tidak jatuh menyembah bumi, selagi itu akan terus hanyut. Apabila segala urusan ku tertangguh. Apabila segala tekanan berada di bahu ku, baru lah rasa penyesalan itu datang. Tapi itu semua tak membawa erti apa-apa lagi. Aku harus menyelesaikannya sendirian. Si M?? arhh! dia tidak tahu erti jemu untuk memujukku. Begitu besar dugaan ku kerana terlalu lama bersama si M. Dia, tidak mudah di singkirkan. Kini dengan azam yang jitu, aku ingin singkirkan M dari hidupku. Nyah kau M. Doakan semoga aku kuat untuk membuang M dari hidup aku. Pergi kau, pergi!




*si M adalah sifat malasku sendiri, yang kadangkala menjadi ketua kepada semua anggota tubuh badanku. semoga dapat aku singkirkan rasa malas dalam diri untuk memajukan diri ke tahap yang lebih baik. Ameen!