Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Friday, March 26, 2010

nOmb0R.....1,2,3,....


selalu orang lupa dengan permulaan nombor..itulah nombor 0..sering kita lupa dengan kosong..ada apa dengan 0 bila dia diletakkan di hadapan..tapi bila 0 dibelakang ia mula memberi makna..tambah-tambah lagi kalau duit..lg byk kosong kat blakang..lagi buta la mata hati manusia.. yelah duit sape taknakkan...mlm ni study math sebab ada test esok..wah..mmg rasa nak muntah no..dengan formulanya..unknown lagi..ntah la..doakan ak semoga dapat menjawab dengan baik..
kini 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,....semuanya penting buatku..sgt bermakna.................

Monday, March 22, 2010

bELajaRLah bERsyUkuR...


manusia memang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. itulah manusia apabila diri dikawal oleh nafsu. sem ini subjek agama saya belajar bab nikah. saya di beri tugasan untuk bab khuluk atau tebus talak. saya pun melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. macam-macam kisah saya jumpa. ntah la. seperti orang yang tak tahu bersyukur pun ada apabila saya terbaca satu kisah ini. bercinta bertahun-tahun lamanya. akhirnya ke jinjang pelamin. perkahwinannya pula bertahan hingga sepuluh tahun. mendapat seorang isteri yang sangat baik dan penyabar pula. walaupun si suami telah berbuat curang si isteri sanggup maafkan dan lupa peristiwa lalu kerana kasih sayang yang mendalam buat si suami. setelah si isteri menempuh sesuatu yang sangat menyakitkan hatinya dia tetap sanggup menjaga suaminya yang terlantar sakit bertahun-tahun akibat penyakit usus. bila dah sembuh boleh pula si suami bercinta dengan isteri orang. langsung dia tidak tahu erti syukur dan berterima kasih. manusia apakah ini?? sehinggakan isteri orang tadi sanggup tebus talak sebanyak rm10000 dan kereta yang dipakainya semata-mata kerana bercinta dengan suami orang. berbaloikah? yakinkah mereka bahagia dengan cinta berlandaskan nafsu tersebut. bermacam ragam manusia di bumi ini. jadilah insan yang tahu mensyukuri nikmat Tuhan dan dekatkanlah diri kepadaNya supaya sentiasa dijalanNya. jika kita dijalanNya insyaAllah kita selamat.

Thursday, March 18, 2010

mUNgkinKAh kAmI dPt bErsAtU??

mula-mula bertemu dengannya, sy kurang berpuas hati sebenarnya..tapi biasalah..tak kenal maka tak cinta...dah lama berkenalan sy mula jatuh cinta dengannya...sy sentiasa melindunginya..biasalah bila dah mula jatuh cinta..mestilah sy menjaganya dengan baik...tak mahu ia disakiti oleh sesiapa pun..setelah beberapa bulan berkenalan dan cuba mendalami hatinya..kini saya benar-benar jatuh cinta..tiada yang lain dapat mengubah hati ini..tiada siapa yang dapat mengganti tempatnya di hati saya...pada mulanya..sy yakin dia dan sy akan bersatu dalam jangka masa yang panjang..tapi semua adalah ketentuan Tuhan..kami terpaksa berpisah..semua ini adalah disebabkan oleh kecuaian sy..maafkan sy syg..moga kita dapat bersatu kembali........~handsetku~

Thursday, March 11, 2010

wahai sahabat....

buat sahabat..hayatilah lirik ini~~

Sahabat Sejati
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Ku biar kalam berbicara

Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Monday, March 8, 2010

sempurna????

aku bukan insan sempurna yang lahir hanya untuk memuaskan hati semua orang. aku cuma insan biasa yang punya banyak kesilapan dan kekhilafan. adakah semua mengejar kesempurnaan?
sempurnakah diri mereka yang mngejar kesempurnaan pada diri orang lain. gembirakah semua orang di samping mereka? memang begitu hidup di dunia. mungkin memilih teman hidup sekadar melihat pada luaran dan kelebihan. pabila bertemu dengan keburukan, ia ditinggal macam sampah yang tak berguna. adilkah dunia begitu??adilkah?? aku hanya selesa pada mereka yang menerima ak seadanya..keburukan dan kelebihan ku...sabarlah duhai hati~~

Saturday, March 6, 2010

Thursday, March 4, 2010

"komunikasi tak berkesan"

"komunikasi tak berkesan"...ayat ini menarik perhatian saya semasa kelas autocadd tadi..biasalah..bila namanya dalam kelas..nyembang lah kejenya..lecturer kat depan ke apa ke..lecturr ckp sket ulasan kat blakang yang overnya...hehe..x sempat2 nak buat la katakan..ank murid yang bersemangat..saya pon termasuk orang yang suka bercakap-cakap nih..hehehe..tgh sibuk-sibuk bincang mcmane nak buat dan lectrr pon same sibuk menerang kat depan dr satu step ke satu step yg len naik berang lah...takde sape yang nak dengar dia terang..jadi dia telah membuka mata saya dengan ayat itu...terdiam seketika untuk mendengar penjelesannya..hehe..herm..hari ini autocadd yang paling gembira..terima kasih pada lectrr yang sabar melayan kerenah muridnya...KOMUNIKASI TAK BERKESAN...ayat yang berkesan dalam hati ku...hehehehe.......

Tuesday, March 2, 2010

pe perlu buat klu rasa marah


geram,kecewa,MARAH,geram...uhhhhhhhh!!!geram sgt-sgt...salahkah??dia seorang yang berlagak??itukah patut ku beri title padanya?atau seorang yang nak menang je..atau kalah dengan cara menyakitkan hati org lain..ak marah cuma sebentar..maafkan ak..dan ak masih geram sedikit!!!!tapi mungkin geram banyak!!huhhhhhh............

2 hati yang x mungkin bersatu


dua hati yg tak mungkin bersatu..mcmana sy nak satukannya..sepatut menjadi sahabat..bagaimana ia boleh berubah arah menjadi musuh..mungkin tak siapa nampak..tapi sy mengetahuinya..pening jugak bila masing-masing ada kerenah sendiri.sy pun punya kerenah sendiri..sekarang ak menemui jalan buntu..yang sy boleh lakukan hanyalah berdiam diri dan berserah serta berdoa pada Ilahi agar segalanya berubah seperti sediakala dan kembali harmoni luar dan dalam..ameen