MADRASAH IDRISIAH...inilah nama tempat yang pernah aku menuntut ilmu dahulu...di sana lah aku mengorek ilmu-ilmu untuk menjadi bekalan di masa hadapan...guru-guru tak jemu mendidik dan mengajar agar anak didiknya menjadi insan yang berguna...tak lupa juga buat insan yang bernama warden aspuri...saayangggg ukhti sakinah.....
di sini lah kisah bermula...empat sahabat yang sentiasa bersama...tak kira walau di mana....
nak ke tandas pun bersama-sama....suka,duka,kecewa,bahagia tetap dikongsi jua..bagai isi dengan kuku....bagai aur dengan tebing...nak dijadikan ceritera...kelas sudah lama bermula....tapi saat ini cikgu masih tak muncul-muncul...kesempatan beginilah yang diambil oleh 4 sekawan untuk bersiar-siar di perkarangan madrasah idrisiah tercinta...ke sana ke mari..macam orang busy jer...apa yang 'dibusykan' pun tak tahu la...kalau dah berempat gelak ketawa tak pernah berhenti..ada sahaja kisah menarik yang nak dikongsi bersama....dah agak lama bersiar-siar di sekitar idrisiah..tiba la masa nak masuk kelas balik...sambil menuruni anak-anak tangga pun masih sempat bergelak ketawa...tiba-tiba................................................terdengar suara garau yang sangat dikenali tuan empunya suara..bergetarlah lutut keempat-empat sahabat ni... "alamak!! ustaz weh...ustaz!!!" begitulah teriakan dalam suasana kelam....akibat gelabah yang bukan main gelabahnya...salah seorang darinya..konon nak menyelamatkan diri..teruslah melarikan diri ke dalam tandas yang dianggap tempat paling selamat waktu itu...masuk je ke tandas.....................
"aiks knp lain macam je ni...tandas yang selalu masuk tak macam ni...." itulah antara monolog didalam hati seorang daripada sahabat td yang kononnya ingin menyelamatkan diri....bau menusuk ke hidung..tidak terkata lagi..."busuk giler..tak menjaga kebersihan lgsg".....dah lama diperhati....diteliti...diamati.... "Ya Allah tandas lelaki rupanya..." setinggi-tinggi syukur dipanjat kehadrat Ilahi kerana tiada siapa di dalam tandas tersebut...kalau tidak....hanya Tuhan yang tahu....3 sahabat lagi hanya mampu tergelak dan mentertawakannya....itulah kelam kabut sangat...pesanan untuk pembaca tenangkanlah diri...KELAM KABUT MEMBAWA PADAH.....
No comments:
Post a Comment