Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Saturday, September 29, 2012

kerinduan


entah pasai apa semalam aku rajin sangat buat kerja sampai pagi. di sebabkan ada sedikit rasa takut, kene lah dengar lagu sbg halwa telinga dan penghilang ketakutan. sampai je turn lagu HIJJAZ-Damai Nan Indah, fikiran aku terus menjalar laju ke kampung halaman. Ya Allah rindu nya dengar mak nyanyi lagu ni dengan picing yg 180 darjah lari. haha. comel je. rindu mak sesungguhnya. ayah pun. rindu jugakkkk. 

dekat sini kehidupan aku masih macam biasa cumanya entah kenapa rasa masa tu terlalu lambat bjalan. macam btahun dah padahal SEMINGGU je baru. banyak jugak la kekecewaan yang berlaku dalam hidup aku selama seminggu di sini. aku dah susun jadual kemain cantik. tgk2 huru hara jugak. dpt je tahu kelas mandarin btukar kepada hari jumaat daripada 8.00 mlm-11.00mlm semestinya hati ini terasa bagai dihiris2 dengan pisau tumpul. uhh, sakit ! tapi kira okay laa sbb lctrr nya lawak giler. bsembur air liur aku nak cakap cina. haha. 

haa hak ni lagi problem, ada ke koku yg kosong silat sunda je.  maka bsilatlah aku setiap minggu. minggu first masuk terus julus 4 dah tau. jgn cari gaduh dengan aku ye, nanti aku lipat korang baru tahu. hahaha (padahal nak pasang kekuda pun taktahu. hehe). lepas silat badan aku sakit sakit habak hanggg ! (haa,tkeluar utara sbb nyembg dgn org utara tadi. haha). tapi silat pun silatlah. asal aku boleh lulus. aku nak habes blaja cepat je ni. gelojoh ! haha.

makanan kat sini pelik pelik sket, tiap kali nak makan mmg teringat ikan goreng mak. mak, masakan mak tiada TANDINGAN ! cepat la cuti nak makan byk2. teringat dekat rumah. mak goreng ikan bilis pun sedap. apatah lagi lauk pauk lainkan. alaalaaa rindu nyerrr. laksa yong aku lagi lahhh. alamak, meleleh ayaq liuq. haha. kat sini jgn mimpi la nak jmpa laksa mcm kat kuala tu. dah la fabret tu, dugaan...dugaan....

dengan kesabaran yang masih bsisa ku tunggu saat cuti raya haji ni. semoga dpt rasa masakan ibu dan dengar nyanyian ibu. dan melihat telatah ayah. sesungguhnya rindu teramat...

kepada 'awak' kite jumpa nnt ye. rindu kamu juga.. heee :)



Wednesday, September 26, 2012

miss him !

my only one 


UTHM


macam tak pecaya la pulak kene hidup bdikari dekat johor ni
mcm okay je lah. tp still have a lot of problem lah kan...

 first - makanan dia pedas amat lahhh. sakit perut den ! kat mana la entah tempat makan sedap2 nih. payah btul nak cari.

second - masalah transport semestinya. tp kdg2 naik bas seronok jgk. memacam hal lah. kene himpit sampai tsepit lah. haha.
tp paling best naik bas macam kayangan habakk hang ! berasap siap package bau hangit lagi. haha. last2 pacik bas ckp 'sapa nak selamat g turun'. hahahaha kelam kabut tuka bas. naseb ada bas lain. alhamdulillah...

yang lain byk masalah hati je lah
rindu mak, ayah, anak2 sedara kakak dan semualah.....
dan yg pasti dirindui kekanda di perlis indera kayangan tu laaa.

cepat lah cuti. nak makan sedap !


bila kelas malam, beger jelah penyelamat dr mati kbuluran!
MANA BEGER DAGING SAYA !!!!!


Saturday, September 15, 2012


nak tgkap byk byk.
tak sabar nak cuci filem
haha

Friday, September 7, 2012

harapan dan harapan

berangan itu pasti
ia juga menjadi impian
cuma usaha yang harus dipertingkatkan
semoga jadi kenyataan.
ameen