dari saat berganti minit, dari minit berganti jam, dari jam berganti hari, kini dari hari berganti minggu..sedar tidak sedar sudah 2 minggu aku habiskan masa di rumah...kini hanya tinggal seminggu sahaja lagi...aku terpaksa berpisah lagi...jauh dari bonda..jauh dari ayahanda..begitu juga dengan kakanda...merantau mencari ilmu...saudara-saudara yang lain masing-masing telah pulang ke tempat masing-masing untuk meneruskan kehidupan...tiba-tiba aku terjaga dari lena panjang...owh Tuhan begitu banyak kerjaku yang masih belum disiapkan....siapa yang ingin membantu..kini aku keseorangan..kini aku kesepian..mahu tidak mahu aku terpaksa meneruskan kerja-kerja yang tertangguh....kerja-kerjaku nantikan kedatangan aku untuk 'menyetelkanmu'.....benarlah kata pepatah...'menangguh kerja itulah pencuri masa'...kini masa tidak mencukupi...terpaksa ku korbankan sesuatu untuk kerja-kerja yang tertangguh...habislah masa tidurku..habislah masa rehatku....habislah masa bermainku...habislah masa dengan teman-temanku...habislah masa dengan blogku....huhuhu...inilah kekhilafanku...berazamlah tidak mengulangi perkara yang sama...kini aku berazam menjadi yang terbaik untuk diri aku........Ameen....
No comments:
Post a Comment