Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Sunday, April 11, 2010

ntah ler....

kadang-kadang kita buat bukan dengan rela..
kadang-kadang kita buat secara terpaksa..
dan kita perlu masa untuk merubahnya kembali..
mungkin nampak spt makin hanyut
tetapi otak ligat memikir caranya..
berikan ruang bernafas..
ku ingin menarik rambut dalam tepung..
rambut x putus,tepung x berselerak...
x mahu ukhwah itu hilang begitu sahaja...
kadang2 ak sendiri buntu...
bukan mudah melawan nafsu sendiri..
kadang2 mmg tertewas juga..
doakan perjuangan sahabatmu...

Friday, March 26, 2010

nOmb0R.....1,2,3,....


selalu orang lupa dengan permulaan nombor..itulah nombor 0..sering kita lupa dengan kosong..ada apa dengan 0 bila dia diletakkan di hadapan..tapi bila 0 dibelakang ia mula memberi makna..tambah-tambah lagi kalau duit..lg byk kosong kat blakang..lagi buta la mata hati manusia.. yelah duit sape taknakkan...mlm ni study math sebab ada test esok..wah..mmg rasa nak muntah no..dengan formulanya..unknown lagi..ntah la..doakan ak semoga dapat menjawab dengan baik..
kini 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,....semuanya penting buatku..sgt bermakna.................

Monday, March 22, 2010

bELajaRLah bERsyUkuR...


manusia memang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. itulah manusia apabila diri dikawal oleh nafsu. sem ini subjek agama saya belajar bab nikah. saya di beri tugasan untuk bab khuluk atau tebus talak. saya pun melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. macam-macam kisah saya jumpa. ntah la. seperti orang yang tak tahu bersyukur pun ada apabila saya terbaca satu kisah ini. bercinta bertahun-tahun lamanya. akhirnya ke jinjang pelamin. perkahwinannya pula bertahan hingga sepuluh tahun. mendapat seorang isteri yang sangat baik dan penyabar pula. walaupun si suami telah berbuat curang si isteri sanggup maafkan dan lupa peristiwa lalu kerana kasih sayang yang mendalam buat si suami. setelah si isteri menempuh sesuatu yang sangat menyakitkan hatinya dia tetap sanggup menjaga suaminya yang terlantar sakit bertahun-tahun akibat penyakit usus. bila dah sembuh boleh pula si suami bercinta dengan isteri orang. langsung dia tidak tahu erti syukur dan berterima kasih. manusia apakah ini?? sehinggakan isteri orang tadi sanggup tebus talak sebanyak rm10000 dan kereta yang dipakainya semata-mata kerana bercinta dengan suami orang. berbaloikah? yakinkah mereka bahagia dengan cinta berlandaskan nafsu tersebut. bermacam ragam manusia di bumi ini. jadilah insan yang tahu mensyukuri nikmat Tuhan dan dekatkanlah diri kepadaNya supaya sentiasa dijalanNya. jika kita dijalanNya insyaAllah kita selamat.

Thursday, March 18, 2010

mUNgkinKAh kAmI dPt bErsAtU??

mula-mula bertemu dengannya, sy kurang berpuas hati sebenarnya..tapi biasalah..tak kenal maka tak cinta...dah lama berkenalan sy mula jatuh cinta dengannya...sy sentiasa melindunginya..biasalah bila dah mula jatuh cinta..mestilah sy menjaganya dengan baik...tak mahu ia disakiti oleh sesiapa pun..setelah beberapa bulan berkenalan dan cuba mendalami hatinya..kini saya benar-benar jatuh cinta..tiada yang lain dapat mengubah hati ini..tiada siapa yang dapat mengganti tempatnya di hati saya...pada mulanya..sy yakin dia dan sy akan bersatu dalam jangka masa yang panjang..tapi semua adalah ketentuan Tuhan..kami terpaksa berpisah..semua ini adalah disebabkan oleh kecuaian sy..maafkan sy syg..moga kita dapat bersatu kembali........~handsetku~