Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Monday, March 22, 2010

bELajaRLah bERsyUkuR...


manusia memang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. itulah manusia apabila diri dikawal oleh nafsu. sem ini subjek agama saya belajar bab nikah. saya di beri tugasan untuk bab khuluk atau tebus talak. saya pun melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. macam-macam kisah saya jumpa. ntah la. seperti orang yang tak tahu bersyukur pun ada apabila saya terbaca satu kisah ini. bercinta bertahun-tahun lamanya. akhirnya ke jinjang pelamin. perkahwinannya pula bertahan hingga sepuluh tahun. mendapat seorang isteri yang sangat baik dan penyabar pula. walaupun si suami telah berbuat curang si isteri sanggup maafkan dan lupa peristiwa lalu kerana kasih sayang yang mendalam buat si suami. setelah si isteri menempuh sesuatu yang sangat menyakitkan hatinya dia tetap sanggup menjaga suaminya yang terlantar sakit bertahun-tahun akibat penyakit usus. bila dah sembuh boleh pula si suami bercinta dengan isteri orang. langsung dia tidak tahu erti syukur dan berterima kasih. manusia apakah ini?? sehinggakan isteri orang tadi sanggup tebus talak sebanyak rm10000 dan kereta yang dipakainya semata-mata kerana bercinta dengan suami orang. berbaloikah? yakinkah mereka bahagia dengan cinta berlandaskan nafsu tersebut. bermacam ragam manusia di bumi ini. jadilah insan yang tahu mensyukuri nikmat Tuhan dan dekatkanlah diri kepadaNya supaya sentiasa dijalanNya. jika kita dijalanNya insyaAllah kita selamat.

No comments: