Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Saturday, May 20, 2017

Belangkas

20 May 2017.

Minggu ini minggu stress. Dahsyat. Sampai sesak dada. Mujur budak ni datang. Siapa? Siapa lagi si belangkas aku lah. Belangkas yang digelar jebon. HAHA.

Maka terpaksa lah si jebon melayan kerenah belangkasnya yg tiga suku ni. 





Namirah..nampak sangat kakak saudara kau ni sewel. Selamatkan kakak kau ni dari jadik lagi parah. Cepat doa kak sob dapat kerja lain.. CEPATTTTT. cepat tadah tangan!!!!

HAHA. dah la, xnak tulis dah. makin sewel nanti.

Bye.


Monday, May 15, 2017

Dunia

Kuala Lumpur.

Kota metropolitan yang tidak pernah sunyi. Sentiasa dengan deruan enjin kenderaan, mesin-mesin yang bekerja siang dan malam. Diterangi dengan lampu-lampu yang terang pabila malam menjelma.

Dalam kebisingan kotaraya, terselit aku seorang diri dengan jiwa kosong. Menghadapi liku hidup sehari-hari dengan rutin yang sama. Ya aku ulang untuk hari yang ke seratus ribu dengan rutin sama!

Manusia di kotaraya tak ubah seperti robot yang telah disetkan untuk melakukan aktiviti sama demi mengejar dunia. Aku lihat mereka berlumba-lumba mengecapi nikmat dunia sehingga kadangkala tidak menyedari akan kezaliman yang mereka cipta.

begini kejamkah dunia?






Terima Kasih Allah

29 April 2017

Terima kasih sebab sudi datang memetik bunga di taman. HAHA.

Maka dengan rasminya aku menjadi tunangan seorang insan bernama Megat Muhammad Naimullah
Setelah 8 tahun kami memperjuangkan hubungan ini yang kadangkala dilanda badai, akhirnya kami berjaya dan telah melangkah ke langkah seterusnya.

Terima kasih Allah, dengan izin Mu majlis ini berjaya dijalankan dengan lancar.
Tak lupa juga, terima kasih tak terhingga kepada emak, ayah, kakak, abg, ahli- ahli keluarga yang lain yang bertungkus lumus dalam menjayakan majllis pertunangan ini.

Alhamdulillah. Doakan perjalanan kami seterusnya akan dipermudahkan..Ameen..

Nah itew lanje gambar..haha



Bakal Mak Mertua


My lovely Mommy :)


Kawan Baik


heeee..


Orang kanan dan askar-askar yang banyak bkorban


I love you all..Sooooo much..

Gambar tunang sorok. Prevoius post dah byk gambar dia HAHA

Friday, September 26, 2014


Emak Ayah, my everything. 

Iye, betul. Aku manusia yang mempunyai sindrom homesick yang teruk. Baru dua minggu, DUA MINGGU. Sindrom homesick dah dtg. Aku rindu emak. Biar tak sempat bermanja. Dapat dengar leterannya saja, aku takkan rasa kosong mcmni. Jiwa aku terisi.


Iye, aku perlu melihat muka emak, ayah. Aku perlu dengar suara mereka. Jika tidak, inilah aku, aku yang kosong.