Kuala Lumpur.
Kota metropolitan yang tidak pernah sunyi. Sentiasa dengan deruan enjin kenderaan, mesin-mesin yang bekerja siang dan malam. Diterangi dengan lampu-lampu yang terang pabila malam menjelma.
Dalam kebisingan kotaraya, terselit aku seorang diri dengan jiwa kosong. Menghadapi liku hidup sehari-hari dengan rutin yang sama. Ya aku ulang untuk hari yang ke seratus ribu dengan rutin sama!
Manusia di kotaraya tak ubah seperti robot yang telah disetkan untuk melakukan aktiviti sama demi mengejar dunia. Aku lihat mereka berlumba-lumba mengecapi nikmat dunia sehingga kadangkala tidak menyedari akan kezaliman yang mereka cipta.
begini kejamkah dunia?
No comments:
Post a Comment