entah pasai apa semalam aku rajin sangat buat kerja sampai pagi. di sebabkan ada sedikit rasa takut, kene lah dengar lagu sbg halwa telinga dan penghilang ketakutan. sampai je turn lagu HIJJAZ-Damai Nan Indah, fikiran aku terus menjalar laju ke kampung halaman. Ya Allah rindu nya dengar mak nyanyi lagu ni dengan picing yg 180 darjah lari. haha. comel je. rindu mak sesungguhnya. ayah pun. rindu jugakkkk.
dekat sini kehidupan aku masih macam biasa cumanya entah kenapa rasa masa tu terlalu lambat bjalan. macam btahun dah padahal SEMINGGU je baru. banyak jugak la kekecewaan yang berlaku dalam hidup aku selama seminggu di sini. aku dah susun jadual kemain cantik. tgk2 huru hara jugak. dpt je tahu kelas mandarin btukar kepada hari jumaat daripada 8.00 mlm-11.00mlm semestinya hati ini terasa bagai dihiris2 dengan pisau tumpul. uhh, sakit ! tapi kira okay laa sbb lctrr nya lawak giler. bsembur air liur aku nak cakap cina. haha.
haa hak ni lagi problem, ada ke koku yg kosong silat sunda je. maka bsilatlah aku setiap minggu. minggu first masuk terus julus 4 dah tau. jgn cari gaduh dengan aku ye, nanti aku lipat korang baru tahu. hahaha (padahal nak pasang kekuda pun taktahu. hehe). lepas silat badan aku sakit sakit habak hanggg ! (haa,tkeluar utara sbb nyembg dgn org utara tadi. haha). tapi silat pun silatlah. asal aku boleh lulus. aku nak habes blaja cepat je ni. gelojoh ! haha.
makanan kat sini pelik pelik sket, tiap kali nak makan mmg teringat ikan goreng mak. mak, masakan mak tiada TANDINGAN ! cepat la cuti nak makan byk2. teringat dekat rumah. mak goreng ikan bilis pun sedap. apatah lagi lauk pauk lainkan. alaalaaa rindu nyerrr. laksa yong aku lagi lahhh. alamak, meleleh ayaq liuq. haha. kat sini jgn mimpi la nak jmpa laksa mcm kat kuala tu. dah la fabret tu, dugaan...dugaan....
dengan kesabaran yang masih bsisa ku tunggu saat cuti raya haji ni. semoga dpt rasa masakan ibu dan dengar nyanyian ibu. dan melihat telatah ayah. sesungguhnya rindu teramat...
kepada 'awak' kite jumpa nnt ye. rindu kamu juga.. heee :)
No comments:
Post a Comment