Labels

ciknonet (78) kanda (46) hati (36) rapu raban (35) puo (30) bFF (27) perIStiwa (25) getik getik (24) kesukaan (19) mummy daddy (19) si tecik (16) kawan (14) kaum kerabat (13) mpkk crew (10) no moTiFF (10) sheet (9) puitis (8) ketio crew (7) nasehat (6) UTHM (5) shoping (5) umah 13 (5) mai meranjo (4) org2 yg baek aty (3) geligeli (2) s1ng s0ng (2) so sory (2) taleponne (2) da rock (1) plkn crew (1)

Monday, September 28, 2009

syoknya jadi manusia


bersyukurlah sebab dilahirkan menjadi manusia...seronokkan jadi manusia..kesalahan yang menggunung tinggi,melaut luas akan hilang dan terus padam bila maaf dipinta dan dipohon... kemaafan..mudah je nak minta..tapi senang ke nak beri..kadang-kadang manusia ni suka berdendam...yang buat salah senang je minta maaf tapi apa perasaan yang teraniaya??apa perasaan yang berduka kerana peminta maaf itu??adakah kemaafan mudah diberi bila hati sudah disakiti??kat sini saya nak bawakan satu cerita..nak dijadikan cerita...ada seorang wanita ni...dia seorang yang panas baran..silap sikit je mesti mengamuk..kadang-kadang dia tahu yang dia terlalu mengikut perasaan..ibunya juga kadang-kadang risau melihat kerenah anak perempuannya ini...bila dia punya keinsafan dia tak pernah malu untuk untuk meminta maaf..itulah bagusnya sifat wanita ini...suatu hari..wanita ini tiba 'mood' barannya...dan setelah beberapa lama dalam keadaan emosional dan dibiar perasaan marah menguasai diri..kini dia insaf..dia berikrar untuk bersabar dan cuba menahan marah...kerana 'orang yang hebat adalah orang yang menahan marahnya'..tiba-tiba adiknya membuat sesuatu yang membangkitkan kemarahannya...dia kembali emosional dan membentak-bentak..dengan bersahaja dan tenang ibu berkata kepada adiknya 'ikrar dua minit'..ibunya terlalu memahami sifat anaknya yang seorang itu...ibu dan adiknya hanya ketawa melihat telatahnya...betul tak?seronok jadi manusia..dah buat salah yang perlu dilakukan cuma minta maaf dan berikrar tidak mengulangi...walau ia mengulangi..ia tetap dimaafkan...begitulah juga jika kita berdosa pada Allah..berkali-kali kita mendustai janji kita terhadapNya..tetapi pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya...memang saya akui..seronok jadi manusia....

Tinggal Diri ku Kesepian



dari saat berganti minit, dari minit berganti jam, dari jam berganti hari, kini dari hari berganti minggu..sedar tidak sedar sudah 2 minggu aku habiskan masa di rumah...kini hanya tinggal seminggu sahaja lagi...aku terpaksa berpisah lagi...jauh dari bonda..jauh dari ayahanda..begitu juga dengan kakanda...merantau mencari ilmu...saudara-saudara yang lain masing-masing telah pulang ke tempat masing-masing untuk meneruskan kehidupan...tiba-tiba aku terjaga dari lena panjang...owh Tuhan begitu banyak kerjaku yang masih belum disiapkan....siapa yang ingin membantu..kini aku keseorangan..kini aku kesepian..mahu tidak mahu aku terpaksa meneruskan kerja-kerja yang tertangguh....kerja-kerjaku nantikan kedatangan aku untuk 'menyetelkanmu'.....benarlah kata pepatah...'menangguh kerja itulah pencuri masa'...kini masa tidak mencukupi...terpaksa ku korbankan sesuatu untuk kerja-kerja yang tertangguh...habislah masa tidurku..habislah masa rehatku....habislah masa bermainku...habislah masa dengan teman-temanku...habislah masa dengan blogku....huhuhu...inilah kekhilafanku...berazamlah tidak mengulangi perkara yang sama...kini aku berazam menjadi yang terbaik untuk diri aku........Ameen....

Friday, September 25, 2009

Aku Malu PadaMu

Malu….
hanya itu yang mampu ku ungkapkan
Adakah aku masih layak bergelar hambaMu
Setelah ku bergelumang dengan dosa
Mengejar cinta dunia sehingga terlupa pada Sang Pencipta
Terlupa pada cinta yang patut ku damba

Dunia..
Mata ku kabur dengan nikmat dunia
Yang mana intan, yang mana kaca
Tak dapat ku bezakan lagi

Ya Tuhan…
Adakah lagi ruang taubat
Aku ingin kembali ke pangkal jalan
Aku ingin mengejar kembali cintaMu yang hakiki
Kerana itulah cinta yang sebenar-benar cinta

Thursday, September 24, 2009

tak ku Sangka...



sedang aku bersantai-santai di depan televisyen..tiba-tiba terdengar enjin kereta. siapa pulak yang datang ni. rupa-rupanya kakak aku balik..kakak aku merupakan cikgu seni..dulu dia melanjutkan pelajarannya di UPSI..dengan kesempatan yang ada..aku pun mengambil kesempatan di atas bakatnya."akak tolong buat design rumah idaman jap,kasi idea"..itu lah ayat perangkap aku..akak aku angguk sebagai jawapan...apalagi..berbunga-bungalah hati ini..nak dipendekkan cerita..akak aku pergilah surf internet..dia bagi idea untuk buat glass house...denga tenang aku ungkapkan perkataan ini.."best kowt...rumah banyak gelas"...serentak itu jugalah kakak-kakak ku ketawakan aku.."adoyai adekku mcm mana nak jd engineer.." itulah respon kakak ku...rumah banyak gelas tu pada fikiranku rumah kaca..cuma cara penyampaian ku salah..bukannya umah yang dipenuhi gelas-gelas...huhuhu..moralnya..sebelum cakap fikir dulu..tengok la tak pasal-pasal aku jadi bahan ketawa hari ini...

pEliK tApiiii BeNArr!!




semalam detik bersejarah dalam hidup ni...kepelikan yang teramat sangat melanda diri ini..berdenyut-denyut otak ku berfikir tentang perkara itu..pelbagai soalan muncul..bagaimana?bila?smua bermain difikiran ku ini....isyh..biar betul???kakak aku..tak pernah serius bila berkata-kata..bertubi-tubi bagai peluru berpandu soalan yg ku ajukan pada akakku...macamana buka handset aku??macamana baca mesej aku..sedangkan aku begitu memastikan tiada pencerobohan berlaku..handset aku dilengkapi security code dan pin code...sesak nafasnya dengan tindakan aku yang bagai polis sedang menyiasat yang tertuduh..selagi aku tak puas hati..siaplah dia...sekali fikir genius betul kakak aku....boleh ceroboh hak privacy aku...dalam aku buli dan memaksa dia memberitahu aku..aku juga turut diperbodohkan.."ok2 achik bagitau..off hanset dlu" itulah arahan dia..aku menurut saja.."pastu masukkan pin code kamu"arahan seterusnya dr dia..hmm baru aku sedar aku diperbodohkan..dah suruh aku masukkan pin code n security code bukanlah cara itu dia menceroboh hak privacy aku..caranya dah pasti tidak menggunakan pin code dan security code...hmm kecewa rasanya..tapi aku tak putus asa..sehingga dia dah mampu menangkis serangan dari aku...dia mengalah juga...sekali fikir...akak aku mmg genius..TAPI...2 kali fikir..aku lagi genius..aku berjaya jugak buat kakak aku berterus terang...

Monday, September 21, 2009

suatu pagi di hari raya

hari ini dah raya kedua...
feel soooo happy...
itulah indahnya aturan Tuhan..
diadakan hari raya untuk mengeratkan silaturrahim....
kalau tak der raya...
ntah bila boleh jumpa saudara mara
tiap thun ada je jumpa dgn saudara yg x kenal
masa ni la nak kenal2 balik...
sebelum ni semua sibuk mencari rezeki..
tgk bile raye.........
yg kaya,yang miskin smua gembira....
waktu zaman Rasulullah...
masa sembhyang raya ada sahabat Nabi pegi solat sunat raye pkai bju lama jer..
then Rasulullah minx dia tukar baju baru...
wktu ni takder beza smua orang..
yg miskin, yg kaya semua smbut raya..
smua pkai bju baru...
indahnya raya..
bersyukurlah kita masih dapat menghirup udara untuk terus hidup menyambut lebaran..
syukur Ya Allah
terima kasih Ya Allah.....

Sunday, September 20, 2009

pelakon hebat

ketenangan yang ku damba
tak kunjung tiba
yang ada cuma gelora
gelora jiwa
kemek,remuk,hancur hati ini
atas satu penipuan
atas satu pembohongan

benarlah kau PELAKON HEBAT
artis-artis juga tak bisa
menandingi kehebatan mu
pernah kau fikir?
pernah kau tahu?
pernah kau mengerti?
apa erti keikhlasan
apa erti ketulusan
apa erti kejujuran
seperti ombak memukul pantai
bagai tsunami yang menggila
bagai taufan yang melanda

kau tetap berlagak selamber
tidakkah KAU lihat suasana??
kau memang
PELAKON HEBAT
TAHNIAH!!
(mengertilah kau walau jasad terpisah dari nyawa..........
tiada maaf bagi mu)

hItAm bUKan 1 kEaiBan

Kenapa ada warna hitam kat dunia.... cuba fikirkan... sudah pasti ia ada kelebihan tersendiri.. ia bkn satu keaiban...malah ia boleh jadi satu.... KEBANGGAAN... hitam BERGAYA.... hitam NAMPAK KEMAS.... itulah salah satu keistimewaan HITAM...